puasa….
menempuhi bulan yang paling mulia ini adalah satu nikmat yang tidak terhingga dalam hidup seorg insan yang bernama muslimah….tahun lepas aku berpuasa di maktab…itu lah puasa yabg paling inda ku rasa dalam sejarah hidup….Kerana:
- dalam bulan itu aku dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenag di tempat yang baru,
- solat terawih bersama-sama teman-teman yang baru akau kenal beberapa bulan….cukup exap pada waktu aku diharamkan bertarawih…..
- bersama insan yang ku ingin kan untuk bersama…? (siapalah yg malang 2…?)
- berat ku turun sehingga 7kg….(wowwww….)
- dah aku xcdent kereta 2 hari sebelum raya…..(memang pecah rekod dunia…)
Tapi tahun ni…aku berhijrah lagi untuk meneruskan taggungjawab ku sebagai insan di muka bumi ini, semakin jauh kaki kumelangkah pada tahun ini. di bumi kenyalang ini aku ditempatkan…..menempuh hari2 indah dah penuh rahmat di bumi kenyalang…
namun apa yang dapat ku lihat dan kurasakan ialah, begitu tenang bila kita berada di perantauan….walaupun hati ini setiap hari merintih untuk bersama-sama insan yang menyanyagiku namun aku perlu tabah dan redho..banyak benda dan kenangan indah di kg yang menyentuh hati ini…
”teringat waktu malam puasa semasa pergi tarawih dengan mak n ayah….masa kecih, niat terawih bukan nak sangat cari pahala, just buat cukup kan corem….bila mula bersungguh-sungguh, karang dah tengah-tengah mesti penat….yang best bila dah cecah 2 3 rakaat akhir….berkobar2 kerana tak sabar nak makan moreh….huk3…lawak…..
petang-petang pulak dalam jam 6 mesti mak dah bising suruh hantar juadah berbuka ke rumah jiran, mak esah. embah gini n umag ngah…biasalah kalau time bulan puasa ni masak satu jenis jer….tapi bila time berbuka jadi 4 jenis atau lebih…. macam mana boleh jadi mcm ni….sapa lagi yg bagi jiran2 kami lah…..itulah aktiviti berbuka kami di kg…. bila ingat balik membazir pun ada… yelah kgkdg aku n amk aku ajer…tapi juadah berbuka mcm sepuluh rg nak makan..penuh meja….
bila abis puasa jer…mak mesti mengomel, sbb taperway mesti tak cukup kerana dok bagi kat org tapi tak der yang pulang….
ermmmmmmmmmmm….tapi itulah saat-saat indah berbuka puasa di kanmpung ku…
mengenali mu…..
Salam….
Selamat bertemu lagi kita di hari yang indah dan penuh makna hari khamis ini…… hari ini genap 28hari kaki ku ini menjejaki tanah di bawah bayu….dan 28 hari juga aku telah meninggalkan semua yang ada dan menjadi milikku…..
walaupun begitu tidak semua yang ku tinggalkan, ku bawa bersama semangat dan harapan dari sahabat, ahli keluarga dan mereka yang terdahulu…niat ku bukan untuk bermain, bukan juga untuk melancong bah kan bukan untuk mengurat jejaka yan ada di bumi Sabah ini, tapi aku membawa satu harapan untuk aku dapat menjadi pendidik kepada anak bangsa ku…..
2minggu di sabah aku tidak lagi mendapat kelas, aku ditugaskan sebagai pembantu cikgu corry untuk melatih murid2 sempena hari sukan, sebagai guru baru tiada perkataan “tak nak”, “tidak”, “no”….. yang ada di bibir ku. ku terima tugasan pertama ku setelah menjadi warga sekolah SKLD2. menadah mentari dari jam 7.30am-6.00ptg amat memeritkan. habis kulit ku yang ku bela selama setegah tahun ni hanggus terbakar, kalau org jawa kata “gosong”…..(hik3…).
tak palah…biar hitam n tak der lah sesiapa yang nak mengurat aku.
banyak benda yang ingin ku kongsikan bersama…mgkin lain kalilah kot….
permulaah perjalanan ku….
blurrr….
2 3 hari ni blurr ajer yg boleh aku katakan pada diri sendiri. Melihat org disekeliling kita dan mahu meniinggalkan mereka baru ku rasa betapa ku sayang mereka semua, betapa ku memerlukan mereka sebenarnya…
Dulu masa aku duduk umah, selalu aku jelus dengan adik beradik ku yang tinggal di perantauan, kerana ibu selalu melebihkan mereka apa bila mereka balik kg. Bila makan buah, mak selalu ingatkan janagan abiskan, nak bagi kat abg…. nak bagi kat akak… nak bagi kat anak sedara….
Dalam hati selalu merunggut kerana benci dengan kata-kata mak pada ku. Mak tak sayang saya lah, mak asyik suka kat abag… kat kakak.. kat anak sedara. Padahal, dia org ni nak balik pun susah…setahun 2 kalau bilang sebelah jari pun byk lebihnyer…
bila keputusan ke IPTA aku terima, bagaikan dunia ini aku yg punya….
menghitung hari untuk memasuki diri ker UM itu bagai kan bertahun lama nya…padahal sebulan pun tak sampai….gembira dapat masuk u mmg lah. n yg paling best ialah dapat merantau ke tempat org. ramai kawan yg aku dgr mak n ayah tak bagi pergi walaupun dekat…tiap2 minggu balik umah. aku tak pernah rasa mcm 2 pulak. yelah sejak kecik dok dgn mak n ayah ajer kan, rasa nak merantau memang membuak2 tak terkira…
namun setelah ku pulang ke kampung buat kali pertamanya setelah seminggu aku di sana (UM), baru ku tahu apa perasan ibu ku, apa perasaan ku, apa yg ku hilang… apa yang aku kekurangan…. tak sempurna diriku tanpa dia…..
namun apa yg dapat ku katakan….perasaan itu tidak sama seperti sekarang….lagi2 bila aku diposting kan ke sabah ni….aku seperti merindukan satu perasaan yg org lain dapat rasa, apa yang dapat org lain tanggiskan, dan apa yang org lain kehilanggan…
bila ku baca blog teteh…
adakah aku dapat buat apa yg dia buat pada bapa dia?
bila ku chat dengan arif…
adakah, ada insan yang kusayang dapat menghantar ku kesana?
bila aku sms dgn apau…
adakah, ada insan di sini akan merindui aku seperti yang dia alami?
bukan ku ingin menagih simpati, tapi aku sedang cemburu dengan mereka….
apa pun,
moga ALLAH merncucuri rahmat ke atasNya…….
{ AL-FATIHAH…. }
seNyummm or Smile…?
SENYUM….
Mari kita nyanyi dulu lagu kat bawah ni…..1 2 3…
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…
( ps: yang pastinyer anda akan tersenyum sendiri bila menyanyikan lagu ni…tak kan nak nyanyi dgn menagis atau masam muka pulak…bukan lagu senyum namanya….hakhahahka…..)
Senyum seindah suria….seyumlah kepada semua….kerana senyuman mu amat berharga…. senyum itu membahagiakan dan ia mengeratkan ikatan…. bila pertama kali kita berjumpa dengan orang, apa yang kita buat? tak kan jumpa-jumpa terus marah…. mestilah kita senyum dahulu.. banyak senyum awet muda tau… dan itu lah sebabnya kenapa kita dapat pahala bila kita senyum… tak kira kepada sapa kita senyum….. bak kata nabil, kat cicak pun kita boleh senyum…
dan aku suka sangat tersenyum…but not sengih…
Senyum walau dimana anda berada, dengan siapa? dimana? apa sebabnyer? kenapa? jangan ditanya…. tak rugi kalau kita senyum. Kenapa aku suka kat n9 sbb kita akan dapat melihat ramai orang senyum dengan ikhlas pada kita walaupun hanya macik yang lalu depan kita dan dia tak kenal kita. Sampai aku dapat bezakan org 2 pemastautin atau yg baru pendatang asing…hanya dengan senyuman yang diberikan oleh mereka…..
Tak payah susah2…conyoh nyer klau kita ingin bertanya atau bertegur sapa…jika kita mulakan dengan senyuman adakah kita akan dimarahi? nak mintak tolong dengan orang, kalau kita senyum adakah orang itu akan halau kita?
Kengkadang bila jalan sorang-sorang kat kl ni, susah sangat nak jumpa orang senyum kat kita, apalah payah sangat nak senyum yer…..? sedih gak kengkadang, bukan susah nak dapat pahala tapi orang sekarang sibok dok buat dosa…? Why? Why? n Why?….. Dan sebab apa aku kurang nak senyum, lagi2 kat mat endon, mat bangla, n mat2 kulit hitam….bukan tak nak senyum, tapi takut nak senyum. Kalau kita senyum sikit nak nyer dikejarnyer kita sampai ke lubang cacing…..tapi kalau dengan rakyat malaysia ni i will try my best…be the the best Malaysian….
maKe a New Jobessss….
Menghargai pemberian orang yang menyayangi kita adalah benda yang jarang kita lakukan…..
Biasanya ramai dikalangan kita akan merasa benda itu amat berharga bila ia sudah tiada di depan mata, sama ada dah kena curi, hilang atau dia sendiri pergi tanpa di minta. Biasalah tak dapat kita akan berusaha untuk mendapatkanya separuh mati, bila dah dapat kita akan sayang sepenuh hati…baru2 ajer,tapi lama2 apa yang kita buat pada ‘dia….’? lontarkan, sisihkan, buang atau tidak pedulikan? Tidak kiralah kita memperolehinya dari usaha kita atau pemberian orang….
Sekecil mana pemberian yang diberi, haruslah kita terima dah simpan sebaiknya. Jangan sekali-kali memperlekehkan pemberian yang orang beri, terimalah dengan sepenuh hati…. kenapa aku cakap tentang menhargai pemberian dari orang ni tiba-tiba. Macam biasalah mesti ada berkaitan dengan kehidupan seharian. Aku mula sedar betapa pentingya menghargai pemberian orang ni sejak balik dari praktikum. Pelbagai jenis hadiah yang aku terima, dari sekecil-kecil hadiah hingalah sebesar-besar hadiah…..
Walaupun hanya sebungkus biskut TIGER choklat, tapi ia sungguh bermakna untuk ku…. kebanyakkan hadiah aku terima dari pelajar yang tidak mengenali ku. Kenapa? aku pun tak tahu. Ini yang membuatkan aku rasa teruja nak masuk sekolah, tak sabar-sabar rasanya…bukan kerana nak dapat hadiah yang berkotak-kotak. Tapi rasa ingin berkongsi keseronokan menghargai setiap pelajar yang ada….
mAri MemAsak….
Berkongsi sesuatu yang kita minat dan suka bersama insan yang tersayang antara saat-saat indah yang tercipta dalam hidup kita. Bagaimana dengan memasak? ramai dikalangan kita selalu beranggapan bahawa memasak ini hanyalah satu tanggunjawab yg hanya di jalankan oleh kaum wanita@ibu@isteri…..(bukan untuk menegakkan hak wanita tapi memang inilah hakikatnya…..) kenapa kita tidak menggunakan waktu ini untuk mengeratkan lagi ikatan yang sudah terjalin bahkan untuk mengenali lagi insan yang kita cinta… tidak ramai yg mengetahui semasa memasak kini ita akan berkongsi idea, cita rasa dan gaya yang berbeza yang mana hasilnya akan terbina satu ciptaan yang lain dari pada yang biasa…
mungkin ramai lelaki tidak mengethui bahawa, betapa gah nya rasa bila pujaan hati bersama-sama membantu di dapur, walaupun hanya untuk melihat dan mengacau, namun masa itulah yang paling bermakna…..melihat dia memotong dengan agak kekok, memang amat mencuit hati….melihat lengan yang sasa itu bermain dengan ikan, terserlah bahawa ada kelembutan dalam kekasaran….
Tak kisah andai kita menagis ketika memotong bawang, pasti ada yang akan tlg lapkan air mata, paling tak pun kena ketawa dulu…(hik hik hik……) Ketika tangan terluka pasti ada penawarnya, walaupun mulut dia tak henti2 membebel memarahi kita…tetapi hati pasti akan terdetik, ‘’sayang sungguh dia pada ku…”
Saat-saat indah itu bukan sahaja hanya boleh dibina semasa megelilingi kota Paris atau berdua dibawah cahaya lilin di restoran mewah…cukuplah kita perolehi ketika masak bersama-sama….lauk yang masin akan menjadi lemak, yang pahit akan menjadi manis, dan yang tawar akan menjadi sedap.
eemmmmmm……
Apa lagi hari ini kerana terlalu mengidam nak makan laksa dan dengan desakan dari akak n anak sedara aku yang memang suka membuli makcik dia yang ”CIUT” ni. Terpaksalah aku masak laksa asam@laksa penang@laksa utara…nak kata sama sibijik sebijan macam org penang masak tak doklah sangat tapi bolehlah utk kita orang yang kebuluran ni. Errrrrmmmm….masa nilah aku meluangkan masa dengan akak n anak sedara (walaupun dia orang ni hanya menyebok sambil tengok tv n menunggu aku siap masak) tapi dia orang ni bagus gak…sekurang-kurang nyer dia org makan laksa aku yang sedap 2 bertambah 2 3 kali….(hak hak hak….masuk bakul naik lif…)so sepanjang hari ni aku makan laksa 24 jam… Sebelum mandi makan laksa, lepas mandi makan laksa, tgk tv makan laksa, tgh chating makan laksa, tgh mengelamun pum sambil makan laksa…..but time t***t jer tak dok lah nak makan laksa gak… Mautaknyer, mee laksa sekilo 1/2 ajer aku makan sorang, (lepas ni boleh panggil minah laksa)… Masalahnyer sapa lagi nak makan kalau tak aku. Ni yang malas masak sbnarnyer……masak put, makan pun put, kemas pun put n habiskan sudah semestinya put….pergh…ni yg tntion sbnarnyer dok umah…makan n makan n makan……
daaa….
apa lagi yang nak ditulis agak nyer ekkksss?
apa yang telah ku pelajari hari ini, tidak perlulah kita takut cinta itu akan pergi, kerana atas dasar ”percaya…” nescaya ia akan kembali kesisi. Berilah sepenuh kepercayaan mu pada dia yang dikasi, walaupun kau berpisah beribu batu, walaupun berapa ramai mereka yang ingin memiliki dia. namun atas dasar percaya dia tetap akan menjadi milik mu yang abadi.
meNcaRi ciNta….
secret admire
Memuja seseorang tidak lah salah, meminatinya sepenuh hati juga tidak salah, apatah lagi mengasihinya sepenuh raga….tidak ada orang yang akan menyalahi mu….kerana itu adalah hak individu…..Namun memuja atau meminati atau mengasihi adakah ia bermakna kita akan memilikinya….
menjadi lumrah kita, meminati seseorang itu dalam diam, sama ada dia juga meminati kita atau tidak itu tidak menjadi masalah, (tapi kalau dah dia minat kita juga bukan secret admire namanyer….) lelaki yang aku minati tak kira umur atau bangsa…bukan rupa yang kucari buka kaya yang kuidami, namun keikhlasan hati yang paling sukar untuk dimiliki. sempurna di mata lekat di hati.
Namun bagaimana yang dikatakan cinta yang aku ingin kan itu? bagaimana sempurnanya lelaki yang aku idam-idamkan sebenarnya? kacak? kaya? gila-gila? ceria?……. ni lah akibat terlalu banyak menontok dan meminati novel2, kisah-kisah dongeng rakyat yang aku baca dari kecil lagi….semua ini secara tidak langsung telah mempengaruhi emaginasi ku ini….mencari ”MR RIGHT” yang terlalu sempurna ni mata..yang tiada cacat celanya…terlalau sempurna???…
SEMPURNA…?
SEMPURNA…?
SEMPURNA…?
ingin ku petik bulan dilangit,
agar ia dapat menerangi gelap hati ini,
namun apakan daya tanggan ku patah,
hanya bertongkat dagu,
ingin ku kumpul bintang di angkasa,
agar dapat ku beli cinta sejati,
namun apakan daya sinarnya,
tidak cukup untuk meneranggi mata2 yang telah buta,
ingin ku kumpul titik embun di subuh hari,
agar ku dapat menbasahi kemarau cinta ini,
namun belum sempat ku miliki,
ia telah pergi bersama sinar mentari pagi.
CofFee PriNce….
coffee prince…
sapa pernah tgk cita ni?
sapa yang dah berzaman tengok citer ni?
n
sapa yang baru nak tgh citer ni? (akulah 2…..)
17 episod = 17 jam beb nak katamkan citer ni…..
2hari tgk tak abis lagi….baru dapat 11cd…
wowwww….(bila nak abis tgk ni?)
semalam dari pukul 12.00am-6.00 am
n 2 day td smbung entah pukul berapa td…..sampai pukul 11.00 baru abis 11 episod.
best gak citer ni, walaupun ada babak yang tak berapa nak best…tak logik pun ada
agaknyer sapalah yang buat citer ni, memang beggong lah…lagi2 yg tgk lagi bengong…hak3
tapi disebabkan aku dah memang bengong 2minggu ni memang sesuailah tgk citer ni…hak3. sampai masak pun dah ala2 korea stail….
abis2 tgk, punyalah lapar pukul 11.30 baru masak bubur(ala2 bubur mcD tau…apa barang kerja mcD 2 thun kalau tak tau masak bubur ala2 mcD…walau pun ala2, tapi boleh lah…hak3)+sayur tumis+ikan kembong goreng….(sedap beb…) lagi3 aku yg tengah lapar ni…. pergh!!!!! hingga menjilat jari. cheh….
hari yang bengong…
Kesabaran aku teruja hari ni….(yer ker…..mcm tak biasa lah pulak) tapi kali ni memang betul-betl menguji aku…
baru ku tahu bahawasanyer penantian itu satu penyiksaan, tggu punya tggu punya tunggu, tak abis-abis dengan menunggu, last-last tak dapat gak….jauh perjalanan yang ku lalui hari ini, dari sungai buloh ker Taman tun dr ismail sampailah ke damansara damai……rodtax punya pasal satu kl aku pusingg….
last-last kat depan umah ajerlah, tak yah nak tggu lama-lama, drive jauh-jauh, duduk berjam-jam tggu Q panjang berjela, ambik nombor yang berjuta-juta lemon banyaknyer…dan menanti dengan penuh sabar…so esk tgh hari dah boleh ambik n anta ker negeri sembilan…
walaupun tengah pokai, tapi demi buah hati yg kucitai, akan kucari duit itu walaupun sampai ke lubang cacing…chewah…org lelaki ada 2 org bini, put ada dua laki…hak3….pergh dasyat weiiiiii….apa pun yg penting happy….


